Mesyuarat Agong Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bagi tahun 2018
28 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 27 Februari 2018, telah diadakan Mesyuarat Agong Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bagi tahun 2018, bertempata di Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Mesyuarat ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. PI turut serta dalam mesyuarat kerana terpilih sebagai salah satu Ahli Jawatan Kuasa Tabika KEMAS Felda Pasoh 2.
Di samping itu juga, PI berkesempatan menyampaikan perancangan aktiviti ICT untuk adik-adik tabika KEMAS Felda Pasoh 2 kepada semua yang hadir dalam mesyuarat. Selain itu, pebelajaran ICT untuk adik-adik tabika KEMAS akan diteruskan seperti tahun lepas dimana setiap bulan adik-adik tabika KEMAS akan berkunjung ke PI untuk menimba ilmu ICT. InshaAllah, pembelajaran ICT untuk adik-adik tabika KEMAS pada Tahun 2018 akan menjadi lebih menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: